expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

TRANSLATE

Saturday, 27 December 2014

SUP IKAN MERAH



Bahan-bahan:

@ 1 ekor ikan merah (anggaran 800gm -1 kg)
@ 3 biji tomato
@ Jus perahan limau nipis secukupnya
@ 1 pokok daun sup
@ Garam secukup rasa
@ Air secukupnya


Bahan-bahan tumis:

@ 1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
@ 2 biji bawang merah
@ 1 biji bawang besar
@ 3 ulas bawang putih
@ 1 inci halia 1 inci lengkuas
@ 5 biji lada hitam
@ 5 biji cili api dititk-boleh tambah

* kalau tak ada sup bunjut boleh juga gunakan serbuk rempah sup


Cara memasaknya:

-Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian.

-Bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus, tomato dipotong empat.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut.

-Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk.

-Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .

-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh la masukkan buah tomato.

-Apabila buah tomato nampak layu boleh tutup api dan tabur daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

-Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment