expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

TRANSLATE

Saturday, 27 December 2014

SOTONG GORENG TEPUNG BEST


Bahan-bahan:

Bahan A:
1/2 kg sotong (potong bulat, basuh dan toskan)
1 biji telur
minyak masak secukupnya
Bahan B :
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung Kentucky
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah
garam secukupnya


Cara penyediaannya:

1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Masukkan sotong yang telah dibersihkan serta ditoskan sehingga kering ke dalam telur dan digaulkan sehingga sebati. Ketepikan.
3.Kemudian, gaulkan kesemua bahan B sehingga betul2 sebati.
4.Sotong yang telah digaul dengan telur dimasukkan ke dalam bahan B dan digaul sehingga sebati.
5.Masukkan sotong ke dalam kuali dalam kuantiti yang sedikit-sedikit. Goreng sehingga sotong masak (jangan goreng terlalu lama kerana sotong akan menjadi keras)
6.Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili thai.

No comments:

Post a Comment