HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL MYSELF

IKLAN

TRANSLATE

Sunday, 8 March 2015

HOMEMADE MALAYSIAN TAKOYAKI


Minggu lepas ada la sorang akak ni bawak bekal, dia pun offer la...untuk jaga hati dia, amik satu dan makan. bila makan tu, sedap la pulak benda ni. Mula-mula tak tau pun nama apa, bila tanya baru tau namanya Takoyaki iaitu sejenis makanan Jepun. So, tanya la akak tu macam mana nak buat ni, akak yang baik hati tu pun bagi le resepi Takoyaki ala-ala Malaysia yang dia buat. Hari ni, rasa teringin nak try & baru berkesempatan buat sendiri Takoyaki ni. So, jom kita intai macam mana nak buat Takoyaki Malaysian style.


Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepug gandum
  • 11/2 cawan air
  • Sebiji telur
  • Satu sudu teh baking powder
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar butter / 1 sudu minyak bunga matahari
  • Sedikit kubis (dicincang)
  • Kepingan cheese secukupnya
  • Kepingan seaweed secukupnya
  • Filamen ketam (dipotong pendek2)
  • Sedikit cincangan isi udang (jika suka)
  • Mayonis / Sos salad secukupnya
  • Sos cili secukupya
  • Loyang cupcake (saiz kecil)

Caranya:

  • Campurkan tepung, air, baking powder, butter, garam serta telur ke dalam mixer dan kacau sebati. 
  • Setelah sebati, masukkan kubis cincang sehingga menutupi 3/4 bahagian adunan tadi. 
  • Panaskan loyang pembakar dan griskan setiap lubang dengan butter atau minyak. 
  • Tuangkan sedikit adunan pada setiap lubang (kira-kira 1/4 paras lubang. 
  • Kemudian susunkan seaweed yang telah dipotong kecil dan juga kepingan filamen ketam. 
  • Setelah selesai menyusun, tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup filamen ketam tadi. Pastikan adunan tidak melimpah keluar dari lubang loyang. 
  • Potong kepingan cheese kecil-kecil dan tabur di atas adunan. Setelah itu, bakar adunan tadi pada suhu 180'c selama lebih kurang 10 minit. 
  • Setelah adunan nampak kekuningan, angkat dan keluarkan segera dari lubang loyang bagi mengelakkannya dari melekat. Sejukkan seketika dan picit sos serta mayonis di atasnya. Sedia untuk dihidang.


Taraaaaaa....inilah hasilnya;
Takoyaki yang siap dibakar

Takoyaki ini memag lazat apabila ditambah sos cili dan mayonis.
Selamat Mencuba!





Monday, 12 January 2015

SOTONG MASAK CILI KERING


Semalam untuk makan tengahhari, terasa malas sangat nak masak yang remeh-temeh. Bila buka fridge dan tengok ada sotong, teringat satu resepi yang paling ringkas. 

So, hari ni kami nak share satu resepi yang simple untuk masak sotong. Kebetulan sotong yang dibeli semuanya bertelur, jadi sesuai sangat untuk resepi ini sebab tak payah nak potong-potong, just bersihkan je. 

Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Mudah dan ringkas serta yang paling menarik tentang hidangan ini adalah rasa sotong yang sangat asli dan segar dapat dinikmati. Kalau tak percaya, cubalah ye.

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci halia (dihiris dan diketuk)
20 tangkai cili kering (potong memanjang)
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis


Caranya:
Bersihkan sotong dan jerangkan sekejap di atas api untuk mengeluarkan airnya. Jangan biar sotong terlalu lama di atas api untuk mengelakkannya dari menjadi keras. Setelah itu, toskan sotong. Dalam kuali, tuangkan sedikit minyak dan tumis bawang besar. Masukkan bawang putih serta halia dan tumis seketika. Setelah naik bau, masukkan cili kering dan goreng beberapa saat. Masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap cair dan kacau sebati. Kemudian masukkan sotong, kacau rata dan biar seketika untuk beberapa minit. 

Sedia dihidang, selamat mencuba!



Saturday, 3 January 2015

SPAGHETTI PRAWN AGLIO OLIO (my style)


Hari ni tak rasa nak makan nasi, jadi terfikir apa yang boleh dimakan. Tiba-tiba teringat pulak prawn oglio pizza hut yang sedap tu dan memang sangat digemari my hubby . Memang terliur dan terus je teringat nak masak spaghetti ni. Kebetulan bahan-bahan pun ada kat dapur, so apa lagi....terus je mulakan langkah. Spaghetti ni sebenarnya paling senang nak prepare dan hanya pakai udang je. Jom intai resepi prawn olio versi kami. Resepi ni dah diolah mengikut citarasa kami sendiri, tapi yang penting sedap! Jangan lupa cuba tau...

Bahan-bahan:
1 paket Spaghetti (saya gunakan San Remo)
1 biji bawang holland besar - dipotong kiub kecil
1 labu bawang putih - dicincang kasar_
 Udang segar (sederhana besar) - ikut selera masing-masing sama ada nak banyak atau sedikit. Bersihkan dan buang kulit.
1/2 cawan minyak zaitun (lebih elok gunakan extra virgin olive oil)
1 tin button mushrom - dihiris
1 biji lada benggala hijau @ green capsicum - hiris panjang
6 tangkai cili kering -buang biji dan hiris memanjang
1 tangkai fresh parsley (boleh digantikan dengan parsley flake kering)
1 sudu kecil ground oregano
Sedikit chilli flakes
Sedikit black pepper
Sedikit maggi cukup rasa
Garam secukupnya


Cara-caranya:

Didihkan air dan rebus spaghetti(jangan terlalu lama hingga spaghetti menjadi terlampau lembut). Ketepikan. Panaskan olive oil dan goreng isi udang tadi sehingga warnanya berubah menjadi kemerah-merahan dan separuh masak. Angkat udang yang digoreng tadi, masukkan pula bawang putih dan tumis seketika. Setelah naik bau, masukkan bawang holland dan biarkan 2 minit. 
Setelah itu masukkan cili kering dan chilli flakes. Kemudian, masukkan button mushroom. Kacau sebati dan masukkan oregano, black pepper dan maggi cukup rasa. Masukkan udang yang telah digoreng diikuti oleh spaghetti dan gaul sebati. Tambah garam sekiranya perlu dan akhir sekali masukkan lada benggala hijau serta parsley. Kacau seketika dan angkat spaghetti.
Taraaaa....spaghetti anda sedia dihidang. 




Friday, 2 January 2015

CENCARU HITAM MANIS


Bahan-bahan:

2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana besar)
sedikit serbuk kunyit & garam (untuk dilumur pada ikan)
1 biji bawang besar -kisar
6 ulas bawang putih - kisar
1 1/2 inci halia -kisar
6 tangkai cili api
1/2 cwn kicap manis
2 sdb kicap masin
1 labu bawang holland - potong bulat
2 sdb maggi cukup rasa
1 biji cili merah
sedikit daun bawang (untuk hiasan)
minyak secukupnya


Caranya:

Bersihkan ikan, lumur dengan garam & kunyit (gunakan sedikit sahaja garam). Goreng ikan hingga masak dan ketepikan.
Tumis bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga wangi n keperangan. 
Masukkan cili api dan biarkan beberapa ketika. 
Masukkan kicap masin & manis dan tambah sesikit air sekiranya kuah terlalu pekat. Tambah maggi cukup rasa. 
Setelah hampir mendidih masukkan ikan diikuti dengan bawang holland dan cili merah.  
Biarkan untuk 2 minit. Setelah itu, angkat dan taburkan dengan daun bawang. Sedia dihidang.

Tuesday, 30 December 2014

AYAM MASAK MERAH


Bahan bahan:

1 ekor ayam - lumur garam & kunyit dan goreng separuh masak.
(Jangan gorang ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
1 tin kecil kacang peas

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Bahan bahan kisar:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul sebati.

Masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sehingga bahan-bahan ini pecah minyak.

Setelah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.

Masukkan air mengikut kepekatan kuah dan masukkan buah tomato dan garam.

Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan sedikit gula dan kacau dah sebati.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas dan biarkan sebelum api dipadamkan.

Sedia dihidang!