expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

TRANSLATE

Saturday, 27 December 2014

KETAM MASAK LEMAK


Bahan-bahannya:

2- 3 ekor ketam saiz sederhana besar
Santan dari 2 biji kelapa
Segenggam cili api (ikut citarasa masing-masing)
3 biji bawang kecil
3 ketul kunyit hidup
3 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit
3 keping asam keping
Sedikit air
Garam & Gula secukup rasa


Cara-cara memasaknya:

1- Bersihkan ketam dan potong.
2- Satukan cili, bawang, kunyit hidup dan sedikit air dalam blender, kisar sampai halus.
3- Panaskan periuk atas dapur masukkan bahan yg telah diblender masak sampai mengelegak.
4- Masukkan ketam, daun kunyit, asam keping, serai n santan cair kacau sampai ketam kemerahan.
5- Masukkan santan pekat, pastu garam n gula secukup rasa kacau sampai ia masak jgn sampai pecah minyak ( perlu dikacau selalu )..
6- Sedia untuk dihidang... Selamat mencuba 

No comments:

Post a Comment