expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

TRANSLATE

Saturday, 27 December 2014

SOTONG MASAK HITAM


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram sotong saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
1/2 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong diasingkan kepala dan badannya, dibahagian kepala sotong, buang muncungnya dan berhati2 bersihkan bahagian kantung sotong yang berisi dakwat hitam, ketepikan. Badan sotong dibersihkan bahagian dalamnya dan kerat 3 - 4 bahagian bergantung pada saiz sotong, cuci dan toskan. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam belas sotong dan kepalanya, tambah serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Gaul rata2 dan ketepikan sebentar.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sotong dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  3. Kacau dan masak sekejap (kurang lebih 2 minit). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan...Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment