expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 27 December 2014

PUDING KARAMEL MUDAH


Bahan-bahan untuk puding:
  • 6 biji telur
  • 3/4 tin susu pekat
  • 11/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar tepung kastad
Bahan-bahan untuk karamel:
  • 10 sudu besar gula pasir 
Kaedah:
  • Masukkan 10 sudu besar gula pasir  ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil sehingga kesemua gula cair dan warna menjadi keperangan (jangan sesekali gunakan api besar kerana gula cepat hangus)
  • Masukkan gula hangus tadi ke dalam acuan dan ratakan.
  • Dengan menggunakan bekas lain masukkan kesemua telur dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan susu pekat serta tepung kastad ke dalam periuk dan tambahkan esen vanilla.
  • Kacau bancuhan ini hingga benar-benar sebati.
  • Dengan menggunakan penapis, tuangkan bancuhan tadi ke atas gula hangus yang dimasak tadi.
  • Masukkan bancuhan ke dalam pengukus. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau sehingga puding betul-betul masak.
  • Untuk mendapatkan hasil yang baik tunggu sehingga sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan ketika sejuk.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment