expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

TRANSLATE

Saturday, 27 December 2014

KETAM BLACK PEPPER


Bahan-bahannya:

5 ekor ketam - dibersihkan dan direbus dengan air yang sedikit
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
daun kucai secukupnya (jika suka)
2 biji tomato - dibelah 4

Cara-cara:

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan sos tiram dan air rebusan ketam tadi.
4. Masukkan garam dan biarkan pekat sedikit.
5. Masukkan ketam, daun kucai dan tomato.
6. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment