expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

TRANSLATE

Saturday, 27 December 2014

KARI TELUR REBUS GORENG


Bahan-bahan:

10biji telur } direbus & digoreng dahulu
1 biji bawang besar } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1" halia } dikisar
5sb serbuk kari daging
Santan (dr 1biji kelapa)
Daun kari
Kulit kayu manis/Bunga lawang/Bunga cengkih
2 keping  asam keping

2 tangkai cili muda (jika suka)
Minyak


Caranya:

1.Masukkan minyak ke dalam periuk. Tumiskan kulit 
kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih hingga naik bau.

2. Masukkan pula bawang besar, bawang putih & halia dan tumis sehingga kekuningan. Masukkan daun kari,  dan kacau sebentar.
3. Bancuh serbuk kari bersama sedikit air dan masukkan kedalam bahan tumis. Setelah agak garing tambahkan asam keping. Biarkan seketika.
4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih.

5. Setelah mendidih, masukkan telur dan biarkan untuk ia sebati. Akhir sekali masukkan cili muda dan biarkan beberapa minit untuk mendapatkan baunya.
6. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment