expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 29 December 2014

CUSTARD JELLY COCKTAIL

Custard Jelly Cocktail


Bahan-Bahan:
- 1 tin susu cair 
- 3 tin air 
- 10gm serbuk agar-agar 
- 2 sudu besar tepung kastard 
- 2 sudu besar tepung jagung 
- 1/2 tin gula  
- 2 kotak Jelly Crystal Nona (perisa strawberry atau raspberry) 
- Fruit cocktail (ambil buah sahaja) 

Cara-cara:
Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan kacau sampai larut. 

Masukkan gula dan masak sampai gula larut, kemudian masukkan susu cair. 

Bancuh tepung kastard dan tepung jagung dengan sedikit air. Tuang ke dalam adunan agar-agar sambil dikacau perlahan-lahan supaya bahan-bahan tidak berketul. 

Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.

Padamkan api dan biarkan adunan sejuk sedikit barulah tuangkan buah-buahan yang telah disejat. Tuangkan adunan kastard ke dalam bekas. 

Biarkan sejuk dan mengeras. Kemudian tuangkan bancuhan jelly keatasnya (bancuh jelly mengikut arahan pada kotak). 

Hias dengan lebihan buah-buahan tadi. Sejukkan sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment