expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

TRANSLATE

Tuesday, 30 December 2014

NASI AYAM CHEF WAN


Bahan-Bahan Nasi:

  • 1/2 cawan marjerin
  • 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
  • 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
  • 4 cawan beras, dicuci dan ditoskan
  • 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara-Cara:-
  1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
  3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.
Cara menyediakan ayam:-
  • 1 ekor ayam berat nya (anggaran 1.5 kg), dibersihkan dan dibelah dua-rebus dalam air mendidih hingga separuh masak.
  • Garam
  • 2 camca lada hitam yang dikisar
  • 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar marjerin
Cara-Cara:-
  1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.
  2. Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
  3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.
Bahan Sos Cili:-
  • 5 - 6 biji cili merah
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 inci halia - diketuk
Kisar semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga mendidih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.

No comments:

Post a Comment