expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 25 July 2014

SUP DAGING MASAK HITAM (TIULA ITUM)

http://mylove4ever4u2.blogspot.com/
Ok, seperti yang semua sedia maklum, disebabkan saya ni berasal dari negeri di bawah bayu, saya nak share 1 resepi istimewa yang memang best dan terkenal sangat di negeri kelahiran saya ni. Kalau sekali anda rasa pasti nak lagi, jadi selamat mencuba...

Resepi Sup Daging Masak Hitam (Tiula Itum) Masakan Warisan Kaum Suluk di Negeri Sabah

Bahan-bahan digunakan
Bawang Merah, Bawang Putih, Cili Padi, Lengkuas, Halia, Kunyit Hidup, Kelapa Bakar, Serai, Ajinomoto, Garam, Daging, Tulang


Siapkan bahan-bahan terlebih dahulu.

Tumbuk Sampai Hancur
Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Kunyit Hidup, Cili Padi
Blender Dan Tapis
Lengkuas (Ambil air sahaja)
Tumbuk separuh hancur
Serai
Bakar


Ambil separuh isi dari sebiji kelapa tua, bakar sampai kelapa kelihatan hitam jangan terlalu rentung, dah siap bakar, tumbuk isi kelapa bakar sampai hancur.

Cara memasak:

Bahan-bahan berkenaan di atas:

Langkah 1

Letak sedikit minyak pada kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi, masukkan serai, air lengkuas, kelapa bakar dan daging serta tulang. Gaur sehingga daging nampak remuk, ampuk barulah masukkan air bersih, garam dan ajinomoto secukup rasa. Tutup kuali menggunakan penutup sesuai, tunggu sehingga daging dah lembut dan benar-benar masak.

Langkah 2

Bila dah masak, sediakan pada pering mangkuk, makan bersama nasi atau piutu ubi atau sianglag ubi. InsyaAllah citarasa, warna hitam, rasa dan baunya cukup menyelerahkan, unik dan bila dah makan pasti teringat dan teringin makan berulang kali.

1 comment:

  1. Tqtqtq mmg tgh mcari resipi ni,kpingin nak makan..

    ReplyDelete